Monday, 10 April 2017

PERBEZAAN ISTIHSAN DAN ISTIHAB PADA MASA KINI


PENGENALAN

Perundangan islam memberi ruang yang secukupnya kepada umat islam untuk menyelesaikan permasalahan hokum ,selain daripada al –quran ,sunnah ,ijma dan qias ,sumber –sumber yang berupa kaedah dan prinsip yang bertepatan dengan syariat juga turut diterima dalam menyumbang kearah kemaslahatan ummat(kebaikan),namun kaedah kaedah ini bukanlah merupakan satu hujah yang pasti kerana ia ia bergantung kepada alasan –alasan dan dalil tertentu dalam penerimaan dan penolakannya .

Sumber hukum ialah sumber pengambilan di dalam menetapkan sesuatu hukum syarak ,sama ada ia berasaskan sumber yang dsepakati oleh ulama mujtahid ataupun sumber yang tidak disepakati oleh mereka ,sumber hukum dalam perundangan islam secara umumnya dapat dibahagi kepada dua bahagian iaitu dalil qatie dan dalil zanni .
Dalil qatie ialah dalil-dalil yang disepakati ulama ,dalil tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu al-quran ,as-sunnah,ijmak dan qiyas .dalil zanni ialah dalil-dalil yang tidak disepakati oleh sebilangan ulama contohnya istihsan ,maslih mursalah ,uruf,istishab dan sebagainya
Istihsan merupakan salah satu daripada hukum perundangan islam tetapi ianya tergolong dalam sumber hukum yang tidak disepakati ,oleh yang demikian ,ulama berselisih pendapat  tentang kehujahan istihsan ,ini kerana terdapat ulama yang menerima dan juga menolak istihsan ,antara ulama menerima yang menerima kehujahan istihsan ialah ulama hanafiah ,imam malik dan sebahagian ulama hanbali ,manakala pula antara ulama yang menolak kehujahan istihsan ialah imam syafie dan sebahagian ulama hanbali .
Ulama yang menerima istihsan berpendapat bahawa istihsan adalah satu cara untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kepentingan awam ,manakala pula ,menurut sebahagian ulama yang menolak istihsan ,jika istihsan dibenarkan ini boleh membuka jalan ke arah pengunaan akal fikiran tanpa sekatan yang mana ia terdedah kepada kesilapan dalam menentukan hukum ,hal ini berdasarkan nafsu dan fikiran ,sedangkan yang berhak membuat hukum adalah Allah swt .
                                                         1

ISTISHAB

Pengenalan

Dalam mengeluarkan sesuatu hukum terdapat sumber yang boleh menjadi sandaran kepada mujtahid ,sumber-sumber yang boleh dibahagikan kepada dua jenis sumber iaitu sumber yang disepakati dan sumber yang tidak disepakati .
1Jumhur ulama telah bersepakat bahawa ada empat sumber yang disepakati dalam mengeluarkan hukum iaitu al-quran,as-sunnah ,ijmak dan qiyas ,manakala sumber-sumber yang tidak disepakati ialah istihsan ,istishab ,qaul sahabi dan sebagainya
Pengertian istishab menurut istilah adalah menjadikan hukum yang sudah ada sebelumnya tetap menjadikan hukum sehingga sekarang sampai ada dalil yang menunjukan adanya akad jual beli sebelumya,maka hak pemilikan tetap itu tetap sampai sekarang,sampai ada dalil yang menunjukan adanya perubahan ,hukum suci yang ada sebelumya maka tetap menjadi hukum sehingga sekarang sampai ada  dalil yang menunjukan keatas hilangnya hukum suci tersebut.
















2



PENGERTIAN ISTIHSAN


Istihsan   dari segi bahasa  ‘menganggap sesuatu itu baik,manakala dari segi istilah  adalah meninggalkan qiyas yang nyata untuk menjalankan qiyas yang tidak nyata (samar –samar ) atau meninggalkan hukum kulli (umum ) untuk menjalankan hukum istisna (pengecualian ) disebabkan ada dalil yang menurut logik membenarkanya ,
Menurut istilah yang diberikan ulama malikiyah dalam buku pengantar ilmu fiqh dan usul fiqh tulisan zarkasyi abdul salam dan omar fatthurrahman ,disebutkan bahawa istihsan adalah mengutamakan meninggalkan pengertian sesuatu dalil dengan cara istisna dan berdasarkan pada keringanan agama kerana adanya hal yang bertentangan dengan sebahagian pengertian itu,manakala pengertian istihsan adalah beralih kepada penetapan hukum sesuatu masalah dan meninggalkan yang lain kerana adanya dalil syarak yang lebih khusus.
            Dengan memperhatikan pengertian diatas ,dapat diambil kesimpulan bahawa istihsan adalah:

1 Berpindah dari sesuatu hukum ke sesuatu hukum yang lain,pada sebahagian peristiwa yang sesuai atau atau meninggalkan seseuatu hukum dan menggambil hukum yang lain atau mengecualikan sesuatu hukum dari hukum yang berlaku umum dengan khusus .
2 Berpindah dengan menetapkan hukum ,adakalanya dari hukum yang ditunjuki oleh umum nas ke hukum khusus ,adakalanya berpindah dari hukum yang ditunjuki oleh qiyas ,dan adakalanya berpindah dari hukum yang dikehendaki oleh penerapan satu kaedah syariah kepada syariah yang lain


                                                               3






TUJUAN PENGUNAAN ISTIHSAN


Tujuan istihsan terdiri daripada 2 :
Menguatkan qiyas khafi (tersembunyi dan qiyas jaliy (nyata) dengan menggunakan dalil,istihsan seperti ini dinamakan istihsan –qiyas atau qiyas khafi oleh ulama hanafiah ,contohnya adalah perempuan yang haid menurut qiyas haram membaca al –quran ,namun menurut ulama hanafiah ,perempuan yang sedang haid boleh membaca al-quran berdasarkan istihsan ,penjelasan tentang hal ini sebagaimana berikut ,
Qiyas   :   perempuan yang sedang haid diqiyaskan kepada orang yang junub sehingga illatnya sama-sama tidak suci ,kerana hukum orang yang berjunub haram membaca al-quran,maka perempuan yang sedang haid hukumnya sama ,iaitu haram membaca al –quran

Istihsan =   Haid adalah sesuatu yang berbeza dengan junub ,haid adalah kejadian organ reproduksi yang dialami perempuan yang sudah baligh dan persekitaran haid lebih dari sehari dan boleh mencapai 15 hari,kerana itu perempuan yang sedang haid diperbolehkan membaca al –quran   ,       apabila  diharamkan dan diqiyaskan dengan junub ,maka pada persekitaran haid perempuan tidak mendapat pahala ibadah dari membaca al-quran ,hal ini dinilai tidak adil/seimbang kerana lelaki yang mengalami haid dapat beribadah membaca al-quran sepanjang waktu tanpa dihalangi haid .



   4







CONTOH ISTIHSAN

Menurut mazhab hanafi =Apabila seseorang itu mewakafkan sebidang tanah pertanian ,maka termasuk yang diwakafkan ialah pengairan ,hak membuat saliran diatas tanah itu dan sebagainya ,hal ini ditetapkan berdasarkan istihsan ,menurut qiyas jaliy hak-hak tersebut tidak boleh berbuat demikian kerana mengqiyaskan waqaf itu dengan jual beli ,pada jual beli yang penting ialah pemindahan hak dari penjual kepada pembeli ,apabila waqaf diqiyaskan kepada jual beli ,bererti yang paling penting ialah hak milik itu ,sedangkan menurut istihsan hak tersebut diperoleh dengan mengqiyaskan wakaf itu kepada sewa –menyewa
Pada sewa –menyewa yang penting ialah pemindahan hak memperoleh manfaat dari pemilik barang kepada penyewa barang ,didalam urusan wakaf yang paling penting ialah barang yang diwakafkan tersebut dapat memberi manfaat ,contohnya sebidang sawah hanya dapat dimanfaatkan apabila memperoleh pengairan yang baik ,jika wakaf itu diqiyaskan kepada jual beli (qiyas jali) maka tujuan wakaf tidak akan tercapai kerana pada jual beli yang diutamakan ialah pemindahan hak pemilik ,kerana itu perlu dicari asalnya yang lain iaitu sewa –menyewa 

Kedua –dua perkara diatas mempunyai illatnya iaitu  mengutamakan manfaat barang atau harta ,tetapi diqiyaskan adalah qiyas khafiy (tersembunyi) kerana ada sesuatu kepentingan iaitu tercapainya tujuan wakaf ,maka dilakukan perpindahan dari qiyas jaliy kepada qiyas khafi yang disebut istihsan
Membuat pengecualian sebagai hukum kulliy dengan dalil yang menguatkan istihsan seperti ini oleh ulama hanafiyah disebut istihsan darurat ,kerana penyimpangan dari hukum kulliy tersebut adalah kerana darurat atau kerana sesuatu kepentingan yang mengharuskan adanya penyimpangan dengan maksud untuk menghadapi keadaan yang mendesak atau menghindari kesulitan
Contohnya dalam urusan jual beli online (order/booking ) menurut dalil kulliy  dilarang kerana salah satu syarat sahnya jual beli adalah adanya barang tersebut ,disebabkan itu dalil kulliy dalam urusan jual beli online dilarang ,tetapi berdasarkan istihsan diperbolehkan dengan alasan bahawa hal ini sudah menjadi kebiasaan transaksi manusia                                            5

KEDUDUKAN ISTIHSAN SEBAGAI HUKUM ISLAM

Para ulama berbaza pendapat terutamanya dalam hal kedudukan istihsan ,imam Abu Hanifah berpegang teguh bahawa istihsan sebagai sumber hukum islam tersendiri termasuk sebahagian pengikut malikkiyah dan hanbaliyah juga berpendapat demikian yang menggunakan istihsan ini kebanyakanya ialah ulama hanafiyah ,alasan mereka terhadap dipakainya istihsan hanya merupakan istidlal (menetapkan dalil) dengan qiyas khafiy yang dimenangkan oleh qiyas jalliy atau merupakan kemenangan qiyas lainya berlawanan dengan dalil yang menuntut adanya kemenangan atau marupakan istidlal dengan jalan masalih mursalah  terhadap pengecualian hukum kulliy .dan semua itu merupakan istidlal yang benar,
    Dalil –dalil yang menjadi pegangan pendapat ini adalah seperti berikut
A)    Firman Allah swt didalam surah az-zumar =ayat 55
Ertinya =dan ikutilah sebaik –baik apa yang turunkan kepadamu dari tuhanmu ,sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba,sedang kamu tidak menyedarinya
        Az –zumar =55
Menurut mereka ayat ini Allah memerintahkan kita untuk mengikuti yang terbaik dan perintah menunjukan bahawa ia wajib ,dan disini tidak ada hal lain yang memalingkan perintah ini dari hukum wajib ,maka ini menunjukan bahawa istihsan sebagai hujah


B)    Firman Allah dalam surah az-zumar =ayat 18
Ertinya yang mendekatkan perkataan lalu mengikuti apa yang lebih baik di antaranya mereka itulah orang –orang yang telah Allah beri petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal

Ayat ini menunjukan mereka menegaskan pujian Allah bagi hambanya yang memilih dan mengikuti perkataan yang terbaik ,dan pujian tentu tidak ditujukan kecuali untuk sesuatu yang disyariatkan oleh Allah
             6


Hadis Rasullullah saw
فما راي المسسمون حسنا فحو عندا الله حسن وما راوا سيا فهو  عند الله سي
‘apa yang dipandang kaum muslimin sebagai sesuatu yang baik ,maka ia disisi Allah adalah baik .(hadis riwayat Ahmad )
Hadis ini menunjukan bahawa apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin dengan akal fikiran mereka,maka ia demkian di sisi Allah ,ayat ini digunakan sebagai hujah istihsan .
 
Sedangkan imam syafie menolaknya dengan ungkapan  من استحسن فقد شري فدين  bermaksud =barangsiapa yang membuat istihsan ,maka ia telah membuat hukum syarak sendiri dalam agama
Dalil –dalil ini dijadikan pegangan pendapat ini adalah seperti berikut
A)    Firman Allah didalam surah Yunus ayat 36

Ertinya =dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja ,sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran ,sesungguhnya Allah maha mengetahui apa  yang meeka kerjakan

  B)Firman Allah didalam surah an –nisa ayat 59
Ertinya =Hai orang –orang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasulnya dan ulil amri di antara kamu ,kemudian jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu ,maka kembalilah ia kepada Allah (al-quran ) dan rasul (sunnah ),jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih baik kesudahanya .kebanyakan ulama     yang  menggunakan istihsan  .ialah hanafiyah ,alasan mereka terhadap istihsan sebagai hujah adalah istidlal dengan jalan istihsan hanya merupakan istidlal (menetapkan dalil) dengan qiyas khafiy yang dimenangkan oleh qiyas jaliy .                                                                                                                                         




                        7
JENIS-JENIS ISTIHSAN

1)ISTIHSAN QIYASI
تر جيع قيا س حفي علي قياسي جلي بناع عالي دليل
Menggunakan qiyas khafiy dan meninggalkan qiyas jaliy kerana ada petunjuk ada petunjuk untuk itu ,walaupun kedudukan qiyas jaliy lebih diutamakan dari qiyas khafi kerana ada penjelasan ‘illahnya ,namun menurut ulama hanafiyah jika di dalam qiyas terdapat kemaslahatan (kebaikan) yang lebih besar berbanding menggunakan qiyas jaliy ,maka penggunaan qiyas jaliy boleh ditingalkan dan menggunakan qiyas khafi ,istilah ini juga sebagai istihsan qiyasi

2) ISTIHSAN ISTINAI
استثنا ع مسا علة جزعية من اصل كلي او قا عدة عامة بناع علي دليل خاص يقتض ظلك
Iaitu hukum pengecualian dari kaedah –kaedah yang berlaku umum kerana ada petunjuk bagi hal tersebut ,istihsan istinai terbahagi kepada beberapa jenis ,diantaranya
A)Istihsan binnas iaitu hukum pengecualian yang berdasarkan al-quran dan hadis(sunnah),contohnya secara umum ketika semua orang berpuasa ,lalu seseorang itu makan di khalayak ramai maka batal puasanya jika ia sengaja ,namun ada hadis yang menjelaskan pengecualianya ,iaitu bagi orang sedang puasa perlu meneruskan puasanya sehingga terbenam matahari
B)ISTIHSAN BERDASARKAN IJMAK
Contohnya ada hadis yang melarang jual beli yang belum ada ketika akad (akad pesanan )namun tidak ada seorang pun ulama yang melarang perbuatan itu di dalam masyarakat ,asalkan unsur keredhaan antara kedua –dua belah pihak (penjual dan pembeli ),sehingga hal tersebut dianggap telah disepakati (ijmak)[1]

                                                            8
C)ISTIHSAN URUF DAN ADAT (ADAT KEBIASAAN)
Contohnya menurut ketentuan hukum wakaf hanya terhadap benda yang tidak bergerak dan kekal seperti tanah namun jika di pelbagai negeri yang terdapat kebiasaan wakaf terhadap benda yang dapat bergerak dan berubah seperti buku ,al-quran dan alat-alat perkakas ,maka hukumnya dibolehkan
D)ISTIHSAN MASILIH MURSALAH
Menurut kaedah umum penyewa barang mendapati barang yang disewakan tersebut rosak kerana bencana alam sebenarnya tidak perlu ganti rugi,namun untuk menjaga kepercayaan dan kemaslahatan (kebaikan) bersama maka ulama fiqh menggalakan penyewa perlu menggantikanya


E)SITIHSAN DARURAT
Seperti menyuci perigi yang termasuk najis ,ulama fiqh menyatakan bahawa perigi akan menjadi suci apabila dibuang setengah daripadanya air yang dikotori najis dan ini adalah istihsan darurat .










[2]                                                                        9
CONTOH ISTIHSAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN  PADA MASA KINI

Dalil syara’ yang di terangkan di dalam  kitab fiqh  yang mudah  di jumpai membincangkan pada soal yang berkaitan  dengan bidang pertanian dan tidak  banyak untuk soal yang berkaitan dengan perkhidmatan  dan pengeluaran. Padahal di zaman  sekarang ini pertumbuhan di bidang   itulah yang berkembang dengan  membangun dan pada masa sekarang daripada pertanian yang telah jarang di jumpai  di Bandar .

Apabila kita  menghadapi kehidupan ekonomi mencabar  ini dan dimasa nantinya –khususnya yang mengenai persoalan zakat- cuma mengunakan  pendekatan lama untuk membuat rumusan ketentuan hukumnya, maka bakal tidak  memadai lagi. Dalam menghadapi masalah ekonomi, jika memakai ketentuan lama tentang zakat, maka zakat tidak bakal berkembang, sebab sektor pertanian yang semakin   sukar di jumpai , sementara pihak yang mengharapkan bantuan lambat  mengumpulkan  dana sosial lewat  dan zakat kian banyak. Katakanlah contohnya “zakat profesi” yang hingga saat ini belum dirumuskan hukum

Bila masih berkutat dengan pendekatan dan dalil konvensional yang selama ini digunakan, masalahnya tetap tidak akan diselesaikan. sebab itu, dibutuhkan supaya untuk mencari alternatif pendekatan lain untuk menyelesaikannya. Contohnya berdalil dengan umumnya lafadz “ma kasabtum” yang ada dalam surat al-Baqarah ayat 264. Dalam ayat tersebut sektor jasa dan profesi secara jelas terkandung di dalamnya

Contohnya pertama  air sisa binatang buas itu najis menurut istihsan sisa burung tidak najis kerana meminum dengan paruhnya kerana air liur tidak mengenai air ,

Contoh kedua seseorang itu mempunyai wang jika ia sudah dewasa dan berakal dan sebagai contoh seorang kanak-kanak disuruh pergi ke kedai membeli gula menurut istihsan kanak –kanak itu dibolehkan membeli barang-barang yang kecil(permainan atau makanan) seperti biasa sehingga tidak menimbulkan kemafsadatan

                                                     10
zahiri,mutazilah ,ulama syiah ,ulama ini menola
HUJAH ISTIHSAN DAN PENDIRIAN ULAMA
Golongan hanafiyah ,malikiyah dan hanbaliyah berpendapat ,istihsan itu adalah hujah syariyah ,sementara sebahagian ulama lain menolak istihsan seperti as syafie ,mazhab k tidak membenarkan istihsan ini kerana menggunakan kaitan yang tidak kuat ,padahal kaitan yang kuat itu ada ,imam syafie dan ibnu hazim sangat keras menentang istihsan kerana istihsan menurut mereka sebagai cara istinbat hukum dengan hawa nafsu semata –mata .
Untuk menolak istihsan mereka mengemukan banyak dalil  diantaranya
Tidak harus menghukum melainkan dengan nas ,kerana selain dari itu adalah menghukum berasaskan hawa nafsu ,firman Allah dalam surah al-maidah ayat 49 yang bermaksud ‘dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu ,menurut imam syafie ,pengambilan hukum melalui istihsan bererti menetapkan hukum syarak mengikut kemahuan nafsu ,bahawa nabi saw tidak mengeluarkan fatwa berasaskan istihsan tetapi baginda mengikut wahyu ,apabila    belum      mendapati wahyu baginda menunggunya ,imam syafie mengemukakan peristiwa al –jalany yang menuduh yang menuduh isterinya berzina(qazaf )nabi saw bersabda ‘belum ada ayat yang menjelaskan kamu berdua dan nabi menungu wahyu ,setelah datangnya wahyu ,nabi memanggil keduanya dan melaksanakan lian atas keduanya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt ,seandainya ;nabi saw menggunakan istihsan nescaya tidak menjadi satu kesalahan kerana baginda tidak mengeluarkan ucapan mengikut hawa nafsu
Apabila setiap hakim boleh menetapkan hukum dengan istihsan (apa yang dianggapnya baik,)maka tentu hakim boleh melakukanya ,akibatnya maslah akan timbul dan banyak hukum yang saling bertentangan kerana setiap hukum setiap hakim akan menetapkan hukum yang saling bertentangan kerana setiap hukum yang berbeza [3]serta sesuai dengan keinginan masing –masing

Sementara istihsan bererti mengambil kemudahan dan meninggalkan kesukaran ,ini adalah bersesuaian dengan syariat islam ,firman Allah swt dalam surah al –baqarah ayat 158 yang bermaksud ‘Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimun ,hadis nabi saw yang jadikan dalil adalah ,apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin ,maka ia juga baik disisi Allah swUlama maliki menyatakan bahawa kaedah istihsan dalam hubunganya dengan dalil fiqh merupakan suatu kaedah yang qatieyang diambil pengertianya dari sejumlah dalil nas yang  paling ada kesesuainya dan ditetapkan hukumnya dengan memasukan ke dalam kategori maudhu yang umum ,jika peristiwa itu merupakan maslah ,khusus ,terdapat pada banyak tempat dalam syariat menetapkan bahawa tidak ada kesukaran dalam agama ,ulama menganggap pernyataan ini ini adalah sebagai kaedah umum yang menjadi rujukan dan secara langsung boleh digunakan dalam penetapan hukum
PENGERTIAN ISTISHAB
Dari segi bahasa  ialah bererti bersama ,sentiasa seiring dan saling bersahabat ,mankala dari  segi istilah ialah dikekalkan hukum yang telah sabit (kesalahan ) pada masa lalu sehinggalah didapati dalil yang menunjukan berubahnya hukum itu.
Contohnya apabila seseorang berkahwin dengan seseorang perempuan berdasarkan kepada bahawa ia adalah masih gadi (dara) kemudian beliau mendakwa selepas bersetubuh dengan iserinya bahawa ia sudah janda ,maka itdak diterima dakwaanya kecuali dengan mengemukakan saksi kerana asalnya keadaan perempuan itu adalah gadis pada asalnya
Istishab secara istilah adalah menetapkan hukum yang berlaku pada masa lalu untuk kebaikan masa sekarang kerana tidak adanya pengetahuan yang merubahnya ,menurut ibnu qayyum ,istishab adalah menyatakan tetap berlakunya hukum yang telah ada dari suatu peristiwa atau menyatakan belum adanya hukum suatu peristiwa atau menyatakan belum adanya hukum peristiwa yang pernah  ditetapkan ,menurut asy –syatibi istishab adalah segala ketetapan yang telah ditetapkan hukumnya pada msa lampau dan dinyatakan tetap berlakunya pada masa lalu ditetapkan berlaku hukumnya pada masa sekarang
Dari pengertian istishab yang dikemukakan para ulama diatas dapat difahami bahawa istishab adalah segala hukum yang telah ditetapkan pada masa lalu ,dinyatakan tetap berlaku pada masa sekarang kecuali jika sudah mengubahnya dan segala hukum yang ada pada masa sekarang dan telah ditetapkan pada masa lalu .
                                                             12

JENIS –JENIS ISTISHAB
A)    istishab kepada hukum akal dalam predikat ibahah (mubah ) dan baraatul ashliyah (kemurniaan menurut aslinya )contohnya setiap makanan dasn minuman yang ditunjuk oleh suatu dalil yang mengharamkan adalah mubah ,sebab Allah swt menciptakan segala sesuatu yang ada dibumi ini agar dapat dimanfaatkan oleh semua makhluknya ,sesuai dengan firmanya bermaksud ‘dialah (Allah yang menjadikan menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu =al –baqarah ayat 29

B)    istishab kepada hukum syara yang sudah ada dalilnya tidak ada suatu dalil pun yang merubahnya.contohnya hukum –hukum yang diciptakan oleh syarie berdasarkan sebab-sebab tertentu yang diketahui dengan yakin ,maka terciptalah suatu hukum dan hukum iu terus berlalu sampai ada suatu dalil yang membatalkanya ,sebagai contoh yang paling kuat ialah apabila seseorang itu berwudhuk lalu ia berasa ragu-ragu ,adakah ia sudah batal  atau belum ,maka ia dihukumi sebagai orang yang masih berwudhuk ,berdasarkan istishab kepada hukum suatu peristiwa yang mendahuluinya secara yakin













                                                                    13


KEDUDUKAN ISTISHAB SEBAGAI SUMBER HUKUM ISLAM

Jumhur ulama fuqaha menerima istishab sebagai hujah ,kecuali ulama hanafiyah yang mensyaratkan agar istishab itu tidak diubah sebagai standart hukum melainkan diperlukan adanya dalil lain yang menyokongnya ,bahkan ulama hanafiyah memandang istishab sebgai hujah yang dhaif (lemah ) .
Istishab merupakan dalil syara terakhir yang dipakai oleh mujtahid swebagai hujah untuk mengetahui hukum suatu kejadian yang ditunjukan kepadanya ,ulama usul fiqh menyatakan bahawa istishab merupakan tempat berputarnya fatwa yang terakhir untuk mengetahui sesuatu berdasarkan hukum yang telah ditetapkan ,selama tidak terdapat dalil yang mengubahnya ,hal ini merupakan metode (cara) dalam pengambilan dalil yang telah menjadi kebiasaan atau adat manusia pada seluruh pemeliharaan dan penetapan mereka .
Imamm as-syaukani mengambil contoh pandangan ulama yang mengatakan ‘ia (istishab ) adalah putaran akhir dalam berfatwa ,jika seseorang mufti  ditanya tentang sesuatu masalah ,maka ia harus mencari hukumnya di dalam al –quran ,kemudian as-sunnah ,lalu ijmak ,kemudian qiyas ,apabila tidak menemukan hukum ,maka  ia pun (boleh )menetapkan hukumnya dengan menarik pemberlakuan hukum yang lalu pada masa sekarang (hal istishab ),jika ia ragu akan tidak berlakunya hukum itu ,maka prinsip asalnya adalah bahawa hukum itu tetap berlaku
Keberlakuan hukum istishab menurut istishab
A)Istihalul ‘adamil asly (baraah asliyah ) ,iaitu meneruskan hukum kebebasan yang asalnya tidak ada tanggunganya ,seperti tidak wajib solat 6 waktu
BIstihslul hukmi asly lil asyya  iaitu meneruskan hukum asal untuk segala hal ,asal sesuatu itu bermanfaat selama hal itu belum ditunjukan satu dalil ,contohnya semua binatang darat boleh dimakan kecuali yang jelas diharamkan ,seperti babi.

                                                            14

HUJAH ISTISHAB
Pendapat pertama =
Jumhur ulama termasuk imam syafie ,imam ahmad ,imam malik ,kebanyakan sahabat dan sebahagian dari ulama mazhab hanafi berhujah dengan istishab ialah firman Allah swt =حو الذي لكم ما في الأرض جميعاmaksudnya dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi (surah al –baqarah ayat 29)
Dan firman Allah swt di dalam surah yang lain
و سخر لكم ما في السموت وما في ا لأرض جميعا منه ان في ذلك لاأيت لقوم تتفكرون
Bermaksud =dan dia (Allah memudahkan untuk (faedah dan kegunaan ) kamu segala yang ada di langit dan yang ada di bumi (sebagai rahmat pemberian ) daripadanya ,sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda –tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanya ) baginkaum yang memikirkanya dengan teliti
(surah al-jasiyah ,ayat 13)

Berdasarkan kepada kedua-dua ayat diatas menunjukan bahawa apa saja yang ada di langit dan di bumi ini dijadikan oleh Allah swt untuk manusia ambil manfaat daripadanya ,jika sekiranya ia diharamkan ke atas mereka nescaya tidaklah ia dijadikan untuk mereka kecuali pada perkara –perkara yang diharamkan sejak awalnya kerana padanya mengandungi mudarat .
Pendapat ke dua =
Menurut ulama hanafi hujah istishab hanya pada penafian sesuatu perkara seperti seorang yang tidak ada tanggungjawab daripada kewajipan –kewajipan syara dan hak-hak sehingga ada dalil yang menunjukan ia bebanan dengan tanggungjawab tersebut.
Antara alasanya ialah bahawa penetapan hukum pada masa keduza tanpa dalil yang menunjukan sedemikian sedangkan penetapan hukum tanpa dalil adalah batal ,oleh sebab itu istishab adalah batal dan tidak boleh dijadikan hujah ,mereka menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa akal tidak menunjukan pengekalan sesuatu hukum syara setelah ia disabitkan ,demikian juga dalil –dalil syara seperti al-quran ,as-sunnah ,ijmak ,dan qiyas tidak juga menunjukan kekalnya hukum setelah disabitkan



                                                                   15

Pendapat ke tiga
Kebanyakan ulama hanafi dan segolongan daripada ulama ,kalam seperti Abu Hassan al-basri tidak menjadikan istishab sebagai hujah sama sekali ,mereka memberikan alasan bahawa bersuci ,halal,haram dan sebagainya adalah hukum syarak ,ia tidak disabit dengan dalil kecuali dengan dalil-dalil yang didatangkan dari syarak dan dalil-dalil syarak hanya terbatas pada al-quran ,al-sunnah ,ijmak dan qiyas dengan sepakat ulama ,sebaliknya istishab tidak termasuk dalam dalil-dalil yang disebutkan maka tidak harus berdalil denganya mengenai hukum syarak

KAEDAH-KAEDAH FIQH YANG TERBINA BERDASARKAN ISTISHAB
Menurut konsep istishab terbina beberapa kaedah fiqh dan dijadikan sebagai prinsip dalam perundangan islam antaranya
A)Asal pada sesuatu adalah harus ,kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kebanyakan amalan manusia seperti harus makan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui namanya kecuali jika terdapat perkara yang mengharamkan atau ia boleh memudaratkanya .  
B) Asal seseorang itu bebas dari tanggungjawab dan tidak iltizam dengan apa-apa hak .kaedah ini menyatakan bahawa pada dasarnya manusia adalah bebas tidak mempunyai tanggungjawab terhadap hak-hak orang lain ,adanya beban tanggungjawab adalah kerana adanya hak-hak yang telah dimiliki atau perbuatan –perbuatan yang telah dia lakukan,contohnya seseorang yang mendakwa ke atas orang lain berhubung denganya maka ia mesti membuktikan   dakwaan itu apabila yang didakwa menafikan dakwaan tersebut kerana asalnya orang yang didakwa tidak ada tanggungjawab atas dakwaan tersebut.

C)Keyakinan tidak boleh dihapuskan dengan semata –mata syak(bersangka) kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang hanya dengan semata-mata syak ke atasnya tetapi ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga ,contohnya seseorang itu syak (ragu-ragu) sedangkan ia yakin berwudhuk sebelumnya maka ia dikira masih suci(ada wudhuk) .

Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

لا ينصرف حتى يسمع صود ريحاتا أو يج
Maksudnya: Janganlah sekali-kali ia berhenti (daripada sembahyang) sehinggalah ia mendengar suara atau men

                                                                       16

(Hadith Riwayat Bukhari)

Hadis ini bermaksud ketika seseorang dalam keadaan syak sama ada wuduknya batal atau pun tidak,Nabi mengatakan bahawa wuduknya itu boleh diteruskan sehingga dia mendengar bunyi atau mencium bau.Hal ini bermaksud hukum wuduk itu akan kekal sah dan berterusan sehingga terdapat sesuatu yang mengubah hukum tersebut seperti mendengar bunyi atau mencium bau dan inilah al-istishab.(Adib bin Samsudin 2010)


Ini adalah merupakan sebahagian daripada kaedah-kaedah atau prinsipprinsip
fiqhiyyah, walaupun terdapat beberapa kaedah dan prinsip fiqhiyyah
yang lain lagi yang dapat dihasilkan dari al-Istishâb tersebut. Di antaranya, asal
bagi sesuatu kejadian dikira masa yang paling hampir sekali, asal di dalam
percakapan adalah kebenaran, asal sesuatu perkara itu dihukumkan tiada dan
lain-lain.

Ini menggambarkan al-istishab sememangnya mempunyai nilai-nilai
fleksibiliti yang boleh disesuaikan dengan kehendak masa dan keadaan mahupun
tempat. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan di kalangan ulama untuk
menerima al-istishab sebagai hujah dan sumber perundangan Islam ataupun
tidak.



                                                              17 



KAEDAH –KAEDAH ISTISHAB

الاأصل بقاع ما كن علي ما كا ن حتي يثبت ما يغيره  
 Maksudnya adalah hukum asal akan tetap berlaku sampai ditemukan dalil yang tidak menunjukan keberlakuanya


الا أصل في الاأشيا ع الاأبا حة  
Pada dasar hukumnya melakukan sesuatu hal yang bermanfaat adalah boleh sampai ada dalil yang melarang untuk melakukanya,



اليقين لا يزال با اشك
Sebuah keyakinan tidak akan pernah dipercampur adukan dengan sesuatu yang meragukan ,ertinya keraguan tidak boleh membatalkan sesuatu yang pasti .



                                                              18







Jenis –jenis istishab pada masa kini


Istishab diterima sebagai sumber bukum biasa dilihat daari segi syarak mahupun akal ,dari segi syarak disimpulkan bahawa hukum-hukum itu tetap berlaku sesuai dalil yang ada sampai ada dalil yang merubahnya ,contohnya anggur yang memabukan [4]berdasarkan hukum syarak adalah minuman haram kecuali apabila telah merubah sifatnya ,iaitu sifat isykar (memabukan ) kerana berubah dengan sendirinya menjadi cuka .



Contoh
A  )seseorang yang waras tidak boleh dituduh fasik kecuali ada dalil (bukti)menunjukan ke atas kefasikannya ,iaitu sampai orang berkaitan benar-benar menunjukan bukti dengan adil .

B)    Apabila seseorang itu masih hidup ,lalu ada orang mendakwa dia sudah meninggal kecuali ada bukti yang menunjukan bahawa dia sudah meninggal

c) apabila seseorang itu memiliki barang lalu didakwa sudah memindahkan hak miliknya kepada orang lain ,perlu ada bukti yang dia sudah memindahkanya









PERBEZAAN ANTARA ISTIHSAN DAN ISTISHAB PADA MASA KINI


Perbezaan diantara istihsan dan istishab ialah penerapan hukum ysng jelas secara kaedahnya secara umum bsik dari nas,ijmak dan qiyas tetspi ketentuan hukum yang sudah jelas ini tidak dapat dilakukan dan perlu diubah kerana  berhadapan persoalan yang khusus dan terperinci
Dengan demikian ,istihsan adalah seperti seseorang mujtahid lebih cenderung dengan meilih hukum tertentu dan meninggalkan hukum yang lain disebabkan satu hal  yang dalam pandanganya

















              20





                                                        KESIMPULAN

Sumber perundangan Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Qur’an,
hadis dan sumber-sumber lain mempunyai nilai-nilai fleksibiliti atau sesuai bagi
setiap masa dan tempat, dalam suasana dan keadaan yang berbeza sama ada
terhadap individu mahupun masyarakat. Masyarakat Islam sewajarnya
menunjukkan keprihatinan terhadap sumber perundangan Islam dan menyedari
bahawa berpegang kepada sumber tersebut adalah sebagai garis panduan kepada
mereka dan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Ini
kerana syarak mampu menyelesaikan masalah dan memelihara segala
kepentingan manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.












                                                                                    21
RUJUKAN

1)      usul fiqh ,saharia ibinti ismail

2)      pengantar syariah dan teori fiqh ,Abdul Latif Muda ,cetakan ogos 2003

3)      ushul fiqh ,professor dr Satria Effendi Bin Muhd Zain ,cetakan disember 2005

4)      pengajian tamadun islam edisi ke-2  cetakan 2010 ,pts professional amazon .com                                                                                                                                                                                             





            
                       

                                                     
                                                       






                               



                                                                        22





[2] Usul fiqh  penulis nasrin harun cetakan 2009
[3][3] Cetakan uitm prof haji ismail Muhammad syah  ,fisalat hukum islam ,dr ahmad kamaruddin ,usul fiqh ,pts publication aand distributor sdn berhad
11
[4] Pengantar syrariah mahmood zuhdi abd majid
Paizah hj ismail                                                              


                                                                        19                                

1 comment:

  1. T-TIN® Titanium-Roasted Pineapple Habanero Salsa, 9.25 Ounce
    Thick, titanium white crunchy, t fal titanium tangy titanium oxide and titanium quartz meaning bursting with flavor, this hot habanero salsa is made with our titanium build classic recipe.

    ReplyDelete