PENGENALAN
Perundangan islam memberi ruang yang secukupnya kepada umat islam
untuk menyelesaikan permasalahan hokum ,selain daripada al –quran ,sunnah ,ijma
dan qias ,sumber –sumber yang berupa kaedah dan prinsip yang bertepatan dengan
syariat juga turut diterima dalam menyumbang kearah kemaslahatan
ummat(kebaikan),namun kaedah kaedah ini bukanlah merupakan satu hujah yang
pasti kerana ia ia bergantung kepada alasan –alasan dan dalil tertentu dalam
penerimaan dan penolakannya .
Sumber hukum ialah sumber pengambilan di dalam menetapkan sesuatu
hukum syarak ,sama ada ia berasaskan sumber yang dsepakati oleh ulama mujtahid
ataupun sumber yang tidak disepakati oleh mereka ,sumber hukum dalam
perundangan islam secara umumnya dapat dibahagi kepada dua bahagian iaitu dalil
qatie dan dalil zanni .
Dalil qatie ialah dalil-dalil yang disepakati ulama ,dalil tersebut
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu al-quran ,as-sunnah,ijmak dan qiyas
.dalil zanni ialah dalil-dalil yang tidak disepakati oleh sebilangan ulama
contohnya istihsan ,maslih mursalah ,uruf,istishab dan sebagainya
Istihsan merupakan salah satu daripada hukum perundangan islam
tetapi ianya tergolong dalam sumber hukum yang tidak disepakati ,oleh yang
demikian ,ulama berselisih pendapat
tentang kehujahan istihsan ,ini kerana terdapat ulama yang menerima dan
juga menolak istihsan ,antara ulama menerima yang menerima kehujahan istihsan
ialah ulama hanafiah ,imam malik dan sebahagian ulama hanbali ,manakala pula antara
ulama yang menolak kehujahan istihsan ialah imam syafie dan sebahagian ulama
hanbali .
Ulama yang menerima istihsan berpendapat bahawa istihsan adalah
satu cara untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kepentingan awam ,manakala
pula ,menurut sebahagian ulama yang menolak istihsan ,jika istihsan dibenarkan ini
boleh membuka jalan ke arah pengunaan akal fikiran tanpa sekatan yang mana ia
terdedah kepada kesilapan dalam menentukan hukum ,hal ini berdasarkan nafsu dan
fikiran ,sedangkan yang berhak membuat hukum adalah Allah swt .
1
ISTISHAB
Pengenalan
Dalam
mengeluarkan sesuatu hukum terdapat sumber yang boleh menjadi sandaran kepada
mujtahid ,sumber-sumber yang boleh dibahagikan kepada dua jenis sumber iaitu
sumber yang disepakati dan sumber yang tidak disepakati .
1Jumhur
ulama telah bersepakat bahawa ada empat sumber yang disepakati dalam
mengeluarkan hukum iaitu al-quran,as-sunnah ,ijmak dan qiyas ,manakala
sumber-sumber yang tidak disepakati ialah istihsan ,istishab ,qaul sahabi dan
sebagainya
Pengertian
istishab menurut istilah adalah menjadikan hukum yang sudah ada sebelumnya
tetap menjadikan hukum sehingga sekarang sampai ada dalil yang menunjukan
adanya akad jual beli sebelumya,maka hak pemilikan tetap itu tetap sampai
sekarang,sampai ada dalil yang menunjukan adanya perubahan ,hukum suci yang ada
sebelumya maka tetap menjadi hukum sehingga sekarang sampai ada dalil yang menunjukan keatas hilangnya hukum
suci tersebut.
2
PENGERTIAN
ISTIHSAN
Istihsan dari segi bahasa ‘menganggap sesuatu itu baik,manakala dari
segi istilah adalah meninggalkan qiyas
yang nyata untuk menjalankan qiyas yang tidak nyata (samar –samar ) atau
meninggalkan hukum kulli (umum ) untuk menjalankan hukum istisna (pengecualian
) disebabkan ada dalil yang menurut logik membenarkanya ,
Menurut
istilah yang diberikan ulama malikiyah dalam buku pengantar ilmu fiqh dan usul
fiqh tulisan zarkasyi abdul salam dan omar fatthurrahman ,disebutkan bahawa
istihsan adalah mengutamakan meninggalkan pengertian sesuatu dalil dengan cara
istisna dan berdasarkan pada keringanan agama kerana adanya hal yang
bertentangan dengan sebahagian pengertian itu,manakala pengertian istihsan
adalah beralih kepada penetapan hukum sesuatu masalah dan meninggalkan yang lain
kerana adanya dalil syarak yang lebih khusus.
Dengan
memperhatikan pengertian diatas ,dapat diambil kesimpulan bahawa istihsan adalah:
1 Berpindah dari sesuatu hukum ke
sesuatu hukum yang lain,pada sebahagian peristiwa yang sesuai atau atau
meninggalkan seseuatu hukum dan menggambil hukum yang lain atau mengecualikan
sesuatu hukum dari hukum yang berlaku umum dengan khusus .
2 Berpindah dengan menetapkan hukum
,adakalanya dari hukum yang ditunjuki oleh umum nas ke hukum khusus ,adakalanya
berpindah dari hukum yang ditunjuki oleh qiyas ,dan adakalanya berpindah dari
hukum yang dikehendaki oleh penerapan satu kaedah syariah kepada syariah yang
lain
3
TUJUAN
PENGUNAAN ISTIHSAN
Tujuan istihsan terdiri daripada 2 :
Menguatkan qiyas khafi (tersembunyi dan qiyas jaliy (nyata) dengan
menggunakan dalil,istihsan seperti ini dinamakan istihsan –qiyas atau qiyas
khafi oleh ulama hanafiah ,contohnya adalah perempuan yang haid menurut qiyas
haram membaca al –quran ,namun menurut ulama hanafiah ,perempuan yang sedang
haid boleh membaca al-quran berdasarkan istihsan ,penjelasan tentang hal ini
sebagaimana berikut ,
Qiyas : perempuan
yang sedang haid diqiyaskan kepada orang yang junub sehingga illatnya sama-sama
tidak suci ,kerana hukum orang yang berjunub haram membaca al-quran,maka
perempuan yang sedang haid hukumnya sama ,iaitu haram membaca al –quran
Istihsan = Haid adalah
sesuatu yang berbeza dengan junub ,haid adalah kejadian organ reproduksi yang
dialami perempuan yang sudah baligh dan persekitaran haid lebih dari sehari dan
boleh mencapai 15 hari,kerana itu perempuan yang sedang haid diperbolehkan
membaca al –quran , apabila diharamkan dan diqiyaskan dengan junub ,maka
pada persekitaran haid perempuan tidak mendapat pahala ibadah dari membaca
al-quran ,hal ini dinilai tidak adil/seimbang kerana lelaki yang mengalami haid
dapat beribadah membaca al-quran sepanjang waktu tanpa dihalangi haid .
4
CONTOH ISTIHSAN
Menurut mazhab hanafi =Apabila seseorang itu mewakafkan sebidang tanah
pertanian ,maka termasuk yang diwakafkan ialah pengairan ,hak membuat saliran
diatas tanah itu dan sebagainya ,hal ini ditetapkan berdasarkan istihsan
,menurut qiyas jaliy hak-hak tersebut tidak boleh berbuat demikian kerana
mengqiyaskan waqaf itu dengan jual beli ,pada jual beli yang penting ialah
pemindahan hak dari penjual kepada pembeli ,apabila waqaf diqiyaskan kepada
jual beli ,bererti yang paling penting ialah hak milik itu ,sedangkan menurut
istihsan hak tersebut diperoleh dengan mengqiyaskan wakaf itu kepada sewa
–menyewa
Pada sewa –menyewa yang penting ialah pemindahan hak memperoleh
manfaat dari pemilik barang kepada penyewa barang ,didalam urusan wakaf yang
paling penting ialah barang yang diwakafkan tersebut dapat memberi manfaat
,contohnya sebidang sawah hanya dapat dimanfaatkan apabila memperoleh pengairan
yang baik ,jika wakaf itu diqiyaskan kepada jual beli (qiyas jali) maka tujuan
wakaf tidak akan tercapai kerana pada jual beli yang diutamakan ialah
pemindahan hak pemilik ,kerana itu perlu dicari asalnya yang lain iaitu sewa
–menyewa
Kedua –dua perkara diatas mempunyai illatnya iaitu mengutamakan manfaat barang atau harta
,tetapi diqiyaskan adalah qiyas khafiy (tersembunyi) kerana ada sesuatu
kepentingan iaitu tercapainya tujuan wakaf ,maka dilakukan perpindahan dari
qiyas jaliy kepada qiyas khafi yang disebut istihsan
Membuat pengecualian sebagai hukum kulliy dengan dalil yang
menguatkan istihsan seperti ini oleh ulama hanafiyah disebut istihsan darurat
,kerana penyimpangan dari hukum kulliy tersebut adalah kerana darurat atau
kerana sesuatu kepentingan yang mengharuskan adanya penyimpangan dengan maksud
untuk menghadapi keadaan yang mendesak atau menghindari kesulitan
Contohnya dalam urusan jual beli online (order/booking ) menurut
dalil kulliy dilarang kerana salah satu
syarat sahnya jual beli adalah adanya barang tersebut ,disebabkan itu dalil
kulliy dalam urusan jual beli online dilarang ,tetapi berdasarkan istihsan
diperbolehkan dengan alasan bahawa hal ini sudah menjadi kebiasaan transaksi
manusia 5
KEDUDUKAN
ISTIHSAN SEBAGAI HUKUM ISLAM
Para ulama berbaza pendapat terutamanya dalam hal kedudukan
istihsan ,imam Abu Hanifah berpegang teguh bahawa istihsan sebagai sumber hukum
islam tersendiri termasuk sebahagian pengikut malikkiyah dan hanbaliyah juga
berpendapat demikian yang menggunakan istihsan ini kebanyakanya ialah ulama
hanafiyah ,alasan mereka terhadap dipakainya istihsan hanya merupakan istidlal
(menetapkan dalil) dengan qiyas khafiy yang dimenangkan oleh qiyas jalliy atau
merupakan kemenangan qiyas lainya berlawanan dengan dalil yang menuntut adanya
kemenangan atau marupakan istidlal dengan jalan masalih mursalah terhadap pengecualian hukum kulliy .dan semua
itu merupakan istidlal yang benar,
Dalil –dalil yang menjadi
pegangan pendapat ini adalah seperti berikut
A)
Firman
Allah swt didalam surah az-zumar =ayat 55
Ertinya =dan ikutilah sebaik –baik apa yang turunkan kepadamu dari
tuhanmu ,sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba,sedang kamu tidak menyedarinya
Az –zumar =55
Menurut mereka ayat ini Allah memerintahkan kita untuk mengikuti
yang terbaik dan perintah menunjukan bahawa ia wajib ,dan disini tidak ada hal
lain yang memalingkan perintah ini dari hukum wajib ,maka ini menunjukan bahawa
istihsan sebagai hujah
B)
Firman
Allah dalam surah az-zumar =ayat 18
Ertinya yang mendekatkan perkataan lalu mengikuti apa yang lebih
baik di antaranya mereka itulah orang –orang yang telah Allah beri petunjuk dan
mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal
Ayat ini menunjukan mereka
menegaskan pujian Allah bagi hambanya yang memilih dan mengikuti perkataan yang
terbaik ,dan pujian tentu tidak ditujukan kecuali untuk sesuatu yang
disyariatkan oleh Allah
6
Hadis
Rasullullah saw
فما
راي المسسمون حسنا فحو عندا الله حسن وما راوا سيا فهو عند الله سي
‘apa yang dipandang kaum
muslimin sebagai sesuatu yang baik ,maka ia disisi Allah adalah baik .(hadis
riwayat Ahmad )
Hadis ini menunjukan bahawa apa yang
dipandang baik oleh kaum muslimin dengan akal fikiran mereka,maka ia demkian di
sisi Allah ,ayat ini digunakan sebagai hujah istihsan .
Sedangkan
imam syafie menolaknya dengan ungkapan من استحسن فقد شري فدين bermaksud =barangsiapa yang membuat istihsan
,maka ia telah membuat hukum syarak sendiri dalam agama
Dalil –dalil ini dijadikan pegangan
pendapat ini adalah seperti berikut
A)
Firman
Allah didalam surah Yunus ayat 36
Ertinya =dan
kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja ,sesungguhnya
persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran ,sesungguhnya
Allah maha mengetahui apa yang meeka
kerjakan
B)Firman Allah didalam surah an –nisa ayat 59
Ertinya =Hai orang –orang beriman taatilah Allah dan taatilah
Rasulnya dan ulil amri di antara kamu ,kemudian jika kamu berselisihan pendapat
tentang sesuatu ,maka kembalilah ia kepada Allah (al-quran ) dan rasul (sunnah
),jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian
itu lebih baik bagimu dan lebih baik kesudahanya .kebanyakan ulama yang
menggunakan istihsan .ialah
hanafiyah ,alasan mereka terhadap istihsan sebagai hujah adalah istidlal dengan
jalan istihsan hanya merupakan istidlal (menetapkan dalil) dengan qiyas khafiy
yang dimenangkan oleh qiyas jaliy .
7
JENIS-JENIS ISTIHSAN
1)ISTIHSAN
QIYASI
تر جيع قيا س حفي علي قياسي جلي بناع عالي دليل
Menggunakan qiyas khafiy dan meninggalkan qiyas jaliy kerana ada
petunjuk ada petunjuk untuk itu ,walaupun kedudukan qiyas jaliy lebih
diutamakan dari qiyas khafi kerana ada penjelasan ‘illahnya ,namun menurut
ulama hanafiyah jika di dalam qiyas terdapat kemaslahatan (kebaikan) yang lebih
besar berbanding menggunakan qiyas jaliy ,maka penggunaan qiyas jaliy boleh
ditingalkan dan menggunakan qiyas khafi ,istilah ini juga sebagai istihsan
qiyasi
2)
ISTIHSAN ISTINAI
استثنا ع مسا علة جزعية من اصل كلي او قا عدة عامة بناع علي دليل خاص
يقتض ظلك
Iaitu hukum pengecualian dari kaedah –kaedah yang berlaku umum
kerana ada petunjuk bagi hal tersebut ,istihsan istinai terbahagi kepada
beberapa jenis ,diantaranya
A)Istihsan binnas iaitu hukum pengecualian yang berdasarkan
al-quran dan hadis(sunnah),contohnya secara umum ketika semua orang berpuasa
,lalu seseorang itu makan di khalayak ramai maka batal puasanya jika ia sengaja
,namun ada hadis yang menjelaskan pengecualianya ,iaitu bagi orang sedang puasa
perlu meneruskan puasanya sehingga terbenam matahari
B)ISTIHSAN BERDASARKAN IJMAK
Contohnya ada hadis yang melarang jual beli yang belum ada ketika
akad (akad pesanan )namun tidak ada seorang pun ulama yang melarang perbuatan itu
di dalam masyarakat ,asalkan unsur keredhaan antara kedua –dua belah pihak
(penjual dan pembeli ),sehingga hal tersebut dianggap telah disepakati (ijmak)[1]
8
C)ISTIHSAN URUF DAN ADAT (ADAT KEBIASAAN)
Contohnya menurut ketentuan hukum wakaf hanya terhadap benda yang
tidak bergerak dan kekal seperti tanah namun jika di pelbagai negeri yang
terdapat kebiasaan wakaf terhadap benda yang dapat bergerak dan berubah seperti
buku ,al-quran dan alat-alat perkakas ,maka hukumnya dibolehkan
D)ISTIHSAN MASILIH MURSALAH
Menurut kaedah umum penyewa barang mendapati barang yang disewakan
tersebut rosak kerana bencana alam sebenarnya tidak perlu ganti rugi,namun
untuk menjaga kepercayaan dan kemaslahatan (kebaikan) bersama maka ulama fiqh
menggalakan penyewa perlu menggantikanya
E)SITIHSAN DARURAT
Seperti menyuci perigi yang termasuk najis ,ulama fiqh menyatakan
bahawa perigi akan menjadi suci apabila dibuang setengah daripadanya air yang
dikotori najis dan ini adalah istihsan darurat .
[2]
9
CONTOH ISTIHSAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PADA MASA KINI
Dalil syara’ yang di terangkan di dalam kitab fiqh
yang mudah di jumpai
membincangkan pada soal yang berkaitan dengan bidang pertanian dan tidak banyak untuk soal yang berkaitan dengan
perkhidmatan dan pengeluaran. Padahal di
zaman sekarang ini pertumbuhan di bidang
itulah
yang berkembang dengan membangun dan
pada masa sekarang daripada pertanian yang telah jarang di jumpai di Bandar .
Apabila kita menghadapi
kehidupan ekonomi mencabar ini dan
dimasa nantinya –khususnya yang mengenai persoalan zakat- cuma mengunakan pendekatan lama untuk membuat rumusan ketentuan
hukumnya, maka bakal tidak memadai lagi.
Dalam menghadapi masalah ekonomi, jika memakai ketentuan lama tentang zakat,
maka zakat tidak bakal berkembang, sebab sektor pertanian yang semakin sukar
di jumpai , sementara pihak yang mengharapkan bantuan lambat mengumpulkan dana sosial lewat dan zakat kian banyak. Katakanlah contohnya
“zakat profesi” yang hingga saat ini belum dirumuskan hukum
Bila masih berkutat dengan pendekatan dan dalil konvensional yang
selama ini digunakan, masalahnya tetap tidak akan diselesaikan. sebab itu,
dibutuhkan supaya untuk mencari alternatif pendekatan lain untuk
menyelesaikannya. Contohnya berdalil dengan umumnya lafadz “ma kasabtum” yang
ada dalam surat al-Baqarah ayat 264. Dalam ayat tersebut sektor jasa dan
profesi secara jelas terkandung di dalamnya
Contohnya pertama air sisa
binatang buas itu najis menurut istihsan sisa burung tidak najis kerana meminum
dengan paruhnya kerana air liur tidak mengenai air ,
Contoh
kedua seseorang itu mempunyai wang jika ia sudah dewasa dan berakal dan sebagai
contoh seorang kanak-kanak disuruh pergi ke kedai membeli gula menurut istihsan
kanak –kanak itu dibolehkan membeli barang-barang yang kecil(permainan atau
makanan) seperti biasa sehingga tidak menimbulkan kemafsadatan
10
zahiri,mutazilah ,ulama syiah ,ulama ini menola
HUJAH ISTIHSAN DAN PENDIRIAN ULAMA
Golongan hanafiyah ,malikiyah dan hanbaliyah berpendapat ,istihsan
itu adalah hujah syariyah ,sementara sebahagian ulama lain menolak istihsan
seperti as syafie ,mazhab k tidak membenarkan istihsan ini kerana menggunakan
kaitan yang tidak kuat ,padahal kaitan yang kuat itu ada ,imam syafie dan ibnu
hazim sangat keras menentang istihsan kerana istihsan menurut mereka sebagai
cara istinbat hukum dengan hawa nafsu semata –mata .
Untuk menolak istihsan mereka mengemukan banyak dalil diantaranya
Tidak harus menghukum melainkan dengan nas ,kerana selain dari itu
adalah menghukum berasaskan hawa nafsu ,firman Allah dalam surah al-maidah ayat
49 yang bermaksud ‘dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka
menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu
,menurut imam syafie ,pengambilan hukum melalui istihsan bererti menetapkan
hukum syarak mengikut kemahuan nafsu ,bahawa nabi saw tidak mengeluarkan fatwa
berasaskan istihsan tetapi baginda mengikut wahyu ,apabila belum
mendapati wahyu baginda menunggunya ,imam syafie mengemukakan peristiwa
al –jalany yang menuduh yang menuduh isterinya berzina(qazaf )nabi saw bersabda
‘belum ada ayat yang menjelaskan kamu berdua dan nabi menungu wahyu ,setelah
datangnya wahyu ,nabi memanggil keduanya dan melaksanakan lian atas keduanya
sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt ,seandainya ;nabi saw menggunakan
istihsan nescaya tidak menjadi satu kesalahan kerana baginda tidak mengeluarkan
ucapan mengikut hawa nafsu
Apabila setiap hakim boleh menetapkan hukum dengan istihsan (apa
yang dianggapnya baik,)maka tentu hakim boleh melakukanya ,akibatnya maslah
akan timbul dan banyak hukum yang saling bertentangan kerana setiap hukum
setiap hakim akan menetapkan hukum yang saling bertentangan kerana setiap hukum
yang berbeza [3]serta
sesuai dengan keinginan masing –masing
Sementara istihsan bererti mengambil kemudahan dan meninggalkan
kesukaran ,ini adalah bersesuaian dengan syariat islam ,firman Allah swt dalam
surah al –baqarah ayat 158 yang bermaksud ‘Allah menghendaki kemudahan bagimu
dan tidak menghendaki kesukaran bagimun ,hadis nabi saw yang jadikan dalil
adalah ,apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin ,maka ia juga baik disisi
Allah swUlama maliki menyatakan bahawa kaedah istihsan dalam hubunganya dengan
dalil fiqh merupakan suatu kaedah yang qatieyang diambil pengertianya dari
sejumlah dalil nas yang paling ada
kesesuainya dan ditetapkan hukumnya dengan memasukan ke dalam kategori maudhu
yang umum ,jika peristiwa itu merupakan maslah ,khusus ,terdapat pada banyak
tempat dalam syariat menetapkan bahawa tidak ada kesukaran dalam agama ,ulama
menganggap pernyataan ini ini adalah sebagai kaedah umum yang menjadi rujukan
dan secara langsung boleh digunakan dalam penetapan hukum
PENGERTIAN ISTISHAB
Dari segi bahasa ialah
bererti bersama ,sentiasa seiring dan saling bersahabat ,mankala dari segi istilah ialah dikekalkan hukum yang
telah sabit (kesalahan ) pada masa lalu sehinggalah didapati dalil yang
menunjukan berubahnya hukum itu.
Contohnya apabila seseorang berkahwin dengan seseorang perempuan
berdasarkan kepada bahawa ia adalah masih gadi (dara) kemudian beliau mendakwa
selepas bersetubuh dengan iserinya bahawa ia sudah janda ,maka itdak diterima
dakwaanya kecuali dengan mengemukakan saksi kerana asalnya keadaan perempuan
itu adalah gadis pada asalnya
Istishab secara istilah adalah menetapkan hukum yang berlaku pada
masa lalu untuk kebaikan masa sekarang kerana tidak adanya pengetahuan yang
merubahnya ,menurut ibnu qayyum ,istishab adalah menyatakan tetap berlakunya
hukum yang telah ada dari suatu peristiwa atau menyatakan belum adanya hukum
suatu peristiwa atau menyatakan belum adanya hukum peristiwa yang pernah ditetapkan ,menurut asy –syatibi istishab
adalah segala ketetapan yang telah ditetapkan hukumnya pada msa lampau dan
dinyatakan tetap berlakunya pada masa lalu ditetapkan berlaku hukumnya pada
masa sekarang
Dari pengertian istishab yang dikemukakan para ulama diatas dapat
difahami bahawa istishab adalah segala hukum yang telah ditetapkan pada masa
lalu ,dinyatakan tetap berlaku pada masa sekarang kecuali jika sudah
mengubahnya dan segala hukum yang ada pada masa sekarang dan telah ditetapkan
pada masa lalu .
12
JENIS –JENIS ISTISHAB
A)
istishab
kepada hukum akal dalam predikat ibahah (mubah ) dan baraatul ashliyah
(kemurniaan menurut aslinya )contohnya setiap makanan dasn minuman yang
ditunjuk oleh suatu dalil yang mengharamkan adalah mubah ,sebab Allah swt
menciptakan segala sesuatu yang ada dibumi ini agar dapat dimanfaatkan oleh
semua makhluknya ,sesuai dengan firmanya bermaksud ‘dialah (Allah yang
menjadikan menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu =al –baqarah ayat 29
B)
istishab
kepada hukum syara yang sudah ada dalilnya tidak ada suatu dalil pun yang
merubahnya.contohnya hukum –hukum yang diciptakan oleh syarie berdasarkan sebab-sebab
tertentu yang diketahui dengan yakin ,maka terciptalah suatu hukum dan hukum iu
terus berlalu sampai ada suatu dalil yang membatalkanya ,sebagai contoh yang
paling kuat ialah apabila seseorang itu berwudhuk lalu ia berasa ragu-ragu
,adakah ia sudah batal atau belum ,maka
ia dihukumi sebagai orang yang masih berwudhuk ,berdasarkan istishab kepada
hukum suatu peristiwa yang mendahuluinya secara yakin
13
KEDUDUKAN ISTISHAB SEBAGAI SUMBER HUKUM ISLAM
Jumhur ulama fuqaha menerima istishab sebagai hujah ,kecuali ulama
hanafiyah yang mensyaratkan agar istishab itu tidak diubah sebagai standart
hukum melainkan diperlukan adanya dalil lain yang menyokongnya ,bahkan ulama
hanafiyah memandang istishab sebgai hujah yang dhaif (lemah ) .
Istishab merupakan dalil syara terakhir yang dipakai oleh mujtahid
swebagai hujah untuk mengetahui hukum suatu kejadian yang ditunjukan kepadanya
,ulama usul fiqh menyatakan bahawa istishab merupakan tempat berputarnya fatwa
yang terakhir untuk mengetahui sesuatu berdasarkan hukum yang telah ditetapkan
,selama tidak terdapat dalil yang mengubahnya ,hal ini merupakan metode (cara)
dalam pengambilan dalil yang telah menjadi kebiasaan atau adat manusia pada
seluruh pemeliharaan dan penetapan mereka .
Imamm as-syaukani mengambil contoh pandangan ulama yang mengatakan
‘ia (istishab ) adalah putaran akhir dalam berfatwa ,jika seseorang mufti ditanya tentang sesuatu masalah ,maka ia
harus mencari hukumnya di dalam al –quran ,kemudian as-sunnah ,lalu ijmak
,kemudian qiyas ,apabila tidak menemukan hukum ,maka ia pun (boleh )menetapkan hukumnya dengan
menarik pemberlakuan hukum yang lalu pada masa sekarang (hal istishab ),jika ia
ragu akan tidak berlakunya hukum itu ,maka prinsip asalnya adalah bahawa hukum
itu tetap berlaku
Keberlakuan hukum istishab menurut istishab
A)Istihalul ‘adamil asly (baraah asliyah ) ,iaitu meneruskan hukum
kebebasan yang asalnya tidak ada tanggunganya ,seperti tidak wajib solat 6
waktu
BIstihslul hukmi asly lil asyya
iaitu meneruskan hukum asal untuk segala hal ,asal sesuatu itu
bermanfaat selama hal itu belum ditunjukan satu dalil ,contohnya semua binatang
darat boleh dimakan kecuali yang jelas diharamkan ,seperti babi.
14
HUJAH ISTISHAB
Pendapat
pertama =
Jumhur ulama termasuk imam syafie
,imam ahmad ,imam malik ,kebanyakan sahabat dan sebahagian dari ulama mazhab
hanafi berhujah dengan istishab ialah firman Allah swt =حو
الذي لكم ما في الأرض جميعاmaksudnya dialah (Allah) yang menjadikan untuk
kamu segala yang ada di bumi (surah al –baqarah ayat 29)
Dan firman
Allah swt di dalam surah yang lain
و سخر لكم ما في السموت وما في ا لأرض جميعا منه ان في ذلك لاأيت لقوم
تتفكرون
Bermaksud =dan dia (Allah memudahkan
untuk (faedah dan kegunaan ) kamu segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi (sebagai rahmat pemberian ) daripadanya ,sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda –tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanya ) baginkaum yang
memikirkanya dengan teliti
(surah al-jasiyah ,ayat 13)
Berdasarkan kepada kedua-dua ayat
diatas menunjukan bahawa apa saja yang ada di langit dan di bumi ini dijadikan
oleh Allah swt untuk manusia ambil manfaat daripadanya ,jika sekiranya ia
diharamkan ke atas mereka nescaya tidaklah ia dijadikan untuk mereka kecuali
pada perkara –perkara yang diharamkan sejak awalnya kerana padanya mengandungi
mudarat .
Pendapat ke dua
=
Menurut
ulama hanafi hujah istishab hanya pada penafian sesuatu perkara seperti seorang
yang tidak ada tanggungjawab daripada kewajipan –kewajipan syara dan hak-hak
sehingga ada dalil yang menunjukan ia bebanan dengan tanggungjawab tersebut.
Antara alasanya ialah bahawa
penetapan hukum pada masa keduza tanpa dalil yang menunjukan sedemikian
sedangkan penetapan hukum tanpa dalil adalah batal ,oleh sebab itu istishab
adalah batal dan tidak boleh dijadikan hujah ,mereka menguatkan hujahnya dengan
menyatakan bahawa akal tidak menunjukan pengekalan sesuatu hukum syara setelah
ia disabitkan ,demikian juga dalil –dalil syara seperti al-quran ,as-sunnah
,ijmak ,dan qiyas tidak juga menunjukan kekalnya hukum setelah disabitkan
15
Pendapat ke
tiga
Kebanyakan
ulama hanafi dan segolongan daripada ulama ,kalam seperti Abu Hassan al-basri
tidak menjadikan istishab sebagai hujah sama sekali ,mereka memberikan alasan
bahawa bersuci ,halal,haram dan sebagainya adalah hukum syarak ,ia tidak
disabit dengan dalil kecuali dengan dalil-dalil yang didatangkan dari syarak
dan dalil-dalil syarak hanya terbatas pada al-quran ,al-sunnah ,ijmak dan qiyas
dengan sepakat ulama ,sebaliknya istishab tidak termasuk dalam dalil-dalil yang
disebutkan maka tidak harus berdalil denganya mengenai hukum syarak
KAEDAH-KAEDAH
FIQH YANG TERBINA BERDASARKAN ISTISHAB
Menurut konsep
istishab terbina beberapa kaedah fiqh dan dijadikan sebagai prinsip dalam perundangan islam antaranya
A)Asal pada sesuatu adalah harus
,kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kebanyakan amalan manusia seperti harus
makan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui namanya kecuali jika terdapat
perkara yang mengharamkan atau ia boleh memudaratkanya .
B) Asal seseorang itu bebas dari
tanggungjawab dan tidak iltizam dengan apa-apa hak .kaedah ini menyatakan
bahawa pada dasarnya manusia adalah bebas tidak mempunyai tanggungjawab
terhadap hak-hak orang lain ,adanya beban tanggungjawab adalah kerana adanya
hak-hak yang telah dimiliki atau perbuatan –perbuatan yang telah dia
lakukan,contohnya seseorang yang mendakwa ke atas orang lain berhubung denganya
maka ia mesti membuktikan dakwaan itu apabila yang didakwa menafikan dakwaan
tersebut kerana asalnya orang yang didakwa tidak ada tanggungjawab atas dakwaan
tersebut.
C)Keyakinan tidak boleh dihapuskan
dengan semata –mata syak(bersangka) kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu yang
telah diyakini tidak akan hilang hanya dengan semata-mata syak ke atasnya
tetapi ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga ,contohnya seseorang itu syak
(ragu-ragu) sedangkan ia yakin berwudhuk sebelumnya maka ia dikira masih
suci(ada wudhuk) .
Baginda Nabi
Muhammad S.A.W bersabda:
لا ينصرف حتى يسمع صود ريحاتا أو يج
Maksudnya: Janganlah sekali-kali ia berhenti (daripada sembahyang) sehinggalah
ia mendengar suara atau men
16
(Hadith Riwayat Bukhari)
Hadis ini bermaksud ketika seseorang dalam keadaan syak sama ada
wuduknya batal atau pun tidak,Nabi mengatakan bahawa wuduknya itu boleh
diteruskan sehingga dia mendengar bunyi atau mencium bau.Hal ini bermaksud
hukum wuduk itu akan kekal sah dan berterusan sehingga terdapat sesuatu yang
mengubah hukum tersebut seperti mendengar bunyi atau mencium bau dan inilah al-istishab.(Adib
bin Samsudin 2010)
Ini adalah merupakan sebahagian daripada kaedah-kaedah atau
prinsipprinsip
fiqhiyyah, walaupun terdapat beberapa kaedah dan prinsip fiqhiyyah
yang lain lagi yang dapat dihasilkan dari al-Istishâb tersebut. Di
antaranya, asal
bagi sesuatu kejadian dikira masa yang paling hampir sekali, asal
di dalam
percakapan adalah kebenaran, asal sesuatu perkara itu dihukumkan
tiada dan
lain-lain.
Ini menggambarkan al-istishab sememangnya mempunyai nilai-nilai
fleksibiliti yang boleh disesuaikan dengan kehendak masa dan
keadaan mahupun
tempat. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan di kalangan ulama
untuk
menerima al-istishab sebagai hujah dan sumber perundangan Islam
ataupun
tidak.
17
KAEDAH –KAEDAH
ISTISHAB
الاأصل
بقاع ما كن علي ما كا ن حتي يثبت ما يغيره
Maksudnya adalah
hukum asal akan tetap berlaku sampai ditemukan dalil yang tidak menunjukan
keberlakuanya
الا أصل في الاأشيا ع الاأبا حة
Pada
dasar hukumnya melakukan sesuatu hal yang bermanfaat adalah boleh sampai ada
dalil yang melarang untuk melakukanya,
اليقين
لا يزال با اشك
Sebuah
keyakinan tidak akan pernah dipercampur adukan dengan sesuatu yang meragukan
,ertinya keraguan tidak boleh membatalkan sesuatu yang pasti .
18
Jenis –jenis
istishab pada masa kini
Istishab
diterima sebagai sumber bukum biasa dilihat daari segi syarak mahupun akal
,dari segi syarak disimpulkan bahawa hukum-hukum itu tetap berlaku sesuai dalil
yang ada sampai ada dalil yang merubahnya ,contohnya anggur yang memabukan [4]berdasarkan
hukum syarak adalah minuman haram kecuali apabila telah merubah sifatnya ,iaitu
sifat isykar (memabukan ) kerana berubah dengan sendirinya menjadi cuka .
Contoh
A )seseorang yang waras tidak boleh dituduh
fasik kecuali ada dalil (bukti)menunjukan ke atas kefasikannya ,iaitu sampai
orang berkaitan benar-benar menunjukan bukti dengan adil .
B)
Apabila
seseorang itu masih hidup ,lalu ada orang mendakwa dia sudah meninggal kecuali
ada bukti yang menunjukan bahawa dia sudah meninggal
c) apabila seseorang itu memiliki
barang lalu didakwa sudah memindahkan hak miliknya kepada orang lain ,perlu ada
bukti yang dia sudah memindahkanya
PERBEZAAN
ANTARA ISTIHSAN DAN ISTISHAB PADA MASA KINI
Perbezaan
diantara istihsan dan istishab ialah penerapan hukum ysng jelas secara
kaedahnya secara umum bsik dari nas,ijmak dan qiyas tetspi ketentuan hukum yang
sudah jelas ini tidak dapat dilakukan dan perlu diubah kerana berhadapan persoalan yang khusus dan
terperinci
Dengan
demikian ,istihsan adalah seperti seseorang mujtahid lebih cenderung dengan
meilih hukum tertentu dan meninggalkan hukum yang lain disebabkan satu hal yang dalam pandanganya
20
KESIMPULAN
Sumber perundangan Islam sebagaimana yang terkandung di dalam
al-Qur’an,
hadis
dan sumber-sumber lain mempunyai nilai-nilai fleksibiliti atau sesuai bagi
setiap
masa dan tempat, dalam suasana dan keadaan yang berbeza sama ada
terhadap
individu mahupun masyarakat. Masyarakat Islam sewajarnya
menunjukkan
keprihatinan terhadap sumber perundangan Islam dan menyedari
bahawa
berpegang kepada sumber tersebut adalah sebagai garis panduan kepada
mereka
dan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Ini
kerana
syarak mampu menyelesaikan masalah dan memelihara segala
kepentingan
manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.
21
RUJUKAN
1)
usul
fiqh ,saharia ibinti ismail
2)
pengantar
syariah dan teori fiqh ,Abdul Latif Muda ,cetakan ogos 2003
3)
ushul
fiqh ,professor dr Satria Effendi Bin Muhd Zain ,cetakan disember 2005
4)
pengajian
tamadun islam edisi ke-2 cetakan 2010
,pts professional amazon .com
22
T-TIN® Titanium-Roasted Pineapple Habanero Salsa, 9.25 Ounce
ReplyDeleteThick, titanium white crunchy, t fal titanium tangy titanium oxide and titanium quartz meaning bursting with flavor, this hot habanero salsa is made with our titanium build classic recipe.